Tuesday 3 December 2013

Sebelom ni aku terlalu taksub dengan kisah cinta aku dengan si dia. Siapa sangka takdir tuhan dah pun pisah kan kami. Ramai yang tanye kenape aku dan die putuskan hubungan, jawapan yang boleh aku bagi cuma tuhan tak izinkan aku bersama die. Buktinya lepas aku buat keputusan tuk tinggalkan die, hati aku rasa tenang, aku bersyukur sebab tuhan bagi aku petunjuk. 

after lebih kurang 4 or 5 bulan aku mula kerja kt bukit gambang waterpark, rezeki aku dapat bahagian kitchen. Aku tak tahu aku rase senang sangat dengan seorng bro ni.. Sepanjang masa aku keje, die selalu buat aku tersenyum. Dia memang happy go lucky. Tapi dalam mase yang sama die tak nak orang nampak yang die tengah ad problem. Aku tak tahu kenapa senang sangt aku percaya kat die. Tapi, tiap kali aku ade masalah, mesti die akan jadi pendengar setia, die akan sentiasa ade dengan aku.. hati aku tertarik dengan sikap die. tapi mase tu aku memang tak mengharap ape2 pon sebab aku tahu ade orang suke kat die. Dia pernah bagi tau aku yang die memang ade suke kat seseorang, tapi die takut nak bagi tau. 

When he said like that, i just thinking maybe i cant got him. Mase tu aku hanya berserah pade tuhan, aku tahu mase tu aku sunyi sebab tu aku keliru dengan perasaan aku. lepas lebih kurang sebulan aku kenal die, tanpa aku sangka yang die pun ade simpan hati dekat aku. when i ask him, why he like me, he just said that tuhan da temukan awak dengan sy..so suwet., n i love it..

perbezaan aku dengan die, die hanya seorang insan yang telah lama terkandas dari landasan islam dan sedang cuba tuk kembali, tapi aku, tetap macam ni. telah lama kenal islam dan berusaha untuk lebih mendekatinya..i was surprise when he said that he want married me, and he want me to help him.  " tolong saya tuk ubah cara hidup sy, dekatkan saya dengan islam." . memang aku teruja.but i was affraid. takat kalau aku tak mampu tuk tolong die..

i was thinking thatmybe ni ujian tuhan untuk aku, "Tuhan tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu untuk menghadapinya". i know that.. and now time to prepare to be good wife. 

sekiranya aku adalah pengganti rusuk kiri die, aku harap aku boleh jadi yang terbaik. jangan sesekali parsoalkan kenapa aku terima die dalam hidup aku.. sebab aku percaya setiap yang terjadi pasti ade hikmahnye. aku sayang die kerana Allah. dan aku yakin ini jalan yang terbaik untuk aku.

Thursday 4 April 2013

kenangan manis kau dan aku



now, tetibe tertengok sume gambar2 kite dengan yang tersayang.. banyak perubahan. ase mcm nk gelak sorang2 ..tapi tak best sebab tu nk share kt sini ..
ni gambar first kami kluar..
ni pulak first time bergambar bersama
 keluar bersame
ni la tempat first date kami 
and ni la gambar kami yang paling latest bersama
sweet kan...
harap hubungan kami berpanjangan hingga hujungnya..
tak sabar nak naik pelamin 


Saturday 2 March 2013

pengalaman mendewasakan diri

Assalamualaikum..
da lame rasanye aku tak update blog...
okey, tujuan aku tulis ni pon sebab nak share sikit pe yang aku rase bole share la.. 
sebab tak semua perkara dalam hidup ni kte bole share kan.. 
semua orang tak pernah lari dari buat silap kan, aku pon antare insan yang pernah buat salah.. pada asalnye aku rase pe yang aku buat betul, aku rase yakin je.. lame2 aku terase aku memang da pilih jalan yang salah.. tiap malam aku akan terpikir ape la nasib aku kalau mase aku buat salah dulu aku tak sempat nak bertaubat..aku mula terpikir dosa2 aku.. aku jadi serba salah dengan semua orang, jadi tiap2 hari aku belajar cara nak ikhlas kan hati untuk memaafkan kesalahan orang lain.. aku mula belajar untuk meminta maaf.. aku tau setiap orang ade tanggungjawab iaitu memohon maaf, jadi lau da minta maaf tanggungjawab aku da selesai, antara die maafkan atau tak tu terletak pada diri die..  
aku mula nak jauhkan diri dengan insan yang aku sayang, tapi aku tau aku tak mampu.. tiap2 hari gak aku pikir mcm mana aku nak jelaskan kat die..alhamdulilah, bile aku terangkan akt die, die terime dengan hati terbuka.. aku bersyukur sangat, jadi sekarang ni kami sedang berusaha untuk seling ingat mengingati, dan sama2 berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik.. aku bersyukur sebab aku belum tersasar jauh dan aku masih di beri peluang untuk berubah.. aku berharap agar perubahan aku ini bukan untuk seketika, tapi untuk selamanya.. jadi dengan ini aku mengharapkan agar sesiapa yang membaca blog ini dapat mendoakan aku agar di tetapkan iman untuk terus berada di jalan yang betul yakni jalan yang Allah redhai.. rasenye sampai sini saje untuk post kali ini..insyaallah kalau aku ade mase lapang, aku akan update lagi..

Thursday 8 November 2012

kesedihan ini


Betullah orang kate lelaki ni memang lebihkan kawan, 
walaupun die cakap hati die milik kite,
 tapi kawan tetap yang paling penting… 
kawan mesti di utamakan…
saat ini, hati aku benar-benar sedih.. 
sedih bile ape yang aku inginkan dari die,
die tak bagi respon yang aku ingin kan.. 
aku rase diri aku ni seperti tak de erti kt die…
kenape? 
Nape die sanggup buat aku cmni? 
Ape mksud sayang yang selalu die ucapkan kat aku..
aku benar-benar terkilan dengan sikap die..
selame ni aku tak pernah minta macam-macam, 
salah ke aku??
 Aku ade hati dan perasaan.
kalau die betul2 sayang aku, 
die takkan sanggup buat aku macam ni.. 
sedih sangat2..da lame aku tak kluar dengan die..
da lame aku tak jumpe die,
 last aku jumpe die pn cume dalam beberapa minit je..
 selame ni aku cube faham diri die, 
tapi nape die tak pernah tau ape keinginan aku..
 kadang-kadang tu bile aku tengok pesangan lain tengah bahagia, 
aku terfikir, nape aku tak dapat nak rase kebahagiaan tu..
 aku tengok orang lain,
walaupon dorang study jauh2 dorang still ade mase tuk orang yang dorang sayang, 
tapi aku, jarak tak sampai pon 50 km,
tapi die tterlalu banyak alasan tuk bersama aku…
 memang selama ni aku ngalah dengan die, 
sebab bile aku tanye bile bole jumpe pon da bole jadi gaduh, 
dan aku mesti akan dipersalahkan.. 
sampai satu mase tu aku juz cakap yang aku rindu pun da kene dengan die… 
aku rase sume pasangan akan ade keinginan tuk abiskan mase bersama pasangannye.. 
tapi kenape die tak macam tu??? 
Dulu die tak macam ni pun.. 
bile aku cakap die da berubah, 
die akan cakap aku tak terime diri die seadanye… 
tapi memang jelas die da berubah..
 betul orang cakap manusia ni hanya nampak ape yang kat depan dorang,
 dorang tak Nampak pe yang dorg ade.
dan dorang baru akan sedar pentingnye orang yg die ade bile orang tu da pergi tinggalkan die…
 dulu mase kitorang baru bersama,
 die terlalu banyak mase untuk aku,
 tapi sekarang die da terlalu susah tuk bagi mase die tuk aku.. 
tak pe la, mungkin die akan sedar perkara ni bile aku da pergi tinggalkan dunia ni tuk selamanye.. 
mase tu nanti aku harap die akan carik penganti aku dan akan selalu ade di sisi pasangan die tuk buat pasangan die bahagia…

Saturday 13 October 2012

ANDAI LELAKI TAHU:
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

kejujuran harus bertempat

hari ni aku belajar sesuatu yang baru, iaitu kejujuran.. 
selama ni aku juz anggap kejujuran tu penting dalam setiap perhibungan, 
then hari ni, baru aku tau, walaupon kejujuran tu penting 
but still perlukan mase ngan tempat yang sesuai..
pengajaran yang sangat bermakna bagi aku,
and i will remember it until end of my life.. 
bende ni jadi memang salah aku, 
aku akui sendiri tapi aku buat pon atas sebab2 tertentu..
okey, kisahnye bermula  baru je beberapa jam yang lalu
mule2 aku text my friends tuk tye beberape soklan,
then tetibe terlintas nk amek tau pasal my love,
then kwn aku yg jujur ni pun cite la..
after that, aku pn terfikir tuk plan nk jumpe ngn
 my love ni tnpe die tau pape..
aku pon aturla strategi n mase tu memang berniat xnk sampai die tau..
pstu die text aku tye aku,aku sje je la tye u kt ne ni? 
bole lak die cakap die ad kt kampus die, 
hurmm,aku bt xtau je la, sbb terpikir mybe die nk bt surprise kt aku kn..
yla, mase tu die xtau pn yg ni sume plan aku..
aku pn mase tu mmg xterfikir pn nk bg die tau psl plan aq tu..
okey, da jumpe xsampai seminit tetibe kami terpisah di tengah jalan..kwn aku yg sorg ni jenis xpaham g tarik aku..pstu call je my love die ckp da nk balik...
seriously mase tu memang ase sedih yang teramat sngt..
aku mule rase bersalah dengan die sebab tak bagi tau prkara yg sebenar,
then,xpasal2 aku kene marah..
sudah, tu la nk jujur sangat kn, ambek ko..
naseb ko la kn...
kirenye malam ni je da 3 kali aku buat die marah kat aku,,
and 2 kali sebab aku ni terlalu jujur..
tu la org cakap, jujur salah,xjujur pon salah..
tapi still ase happy walaupn da kene mara, 
aku still dapat nampak die senyum..
sangat2 rindukan senyuman die...
 lepas ni aku akan berhati2 dalam buat sesuatu perkara tu..
tak sangup la aku kene marah...
sebab tu la bnde yg paling aku tak suke..
aku harap aku still dapat jumpe die dalam mase yg terdekat ni 
sebab rindu aku kat die da sampai tahap maxima da ni...
aku harap tuhan panjangkan jodoh kami berdua..
and lastly, terima kasih mohd hamka 
sebab sudi maafkan budak comel macam saye ni..

Sunday 7 October 2012

pengakhiran dan permulaan

firstly nk cite pasal pengakhiran yg aku maksudkn 
ialah pengakhiran hubungan aku dengan insan yang aku sayang.
 perkara ni jadi tanpa aku jangka walaupun aku sendiri yang buat keputusan tu.. tapi bile aku pikir balik mase aku buat keputusan tu fikiran aku tengah bercelaru. mase tu aku tak bole tahan dengan sikap die.
 memang la aku rase geram sebab perkare kecik je die bole besarkn..
aku tau die takde niat nk buat cam tu..
tapi aku tak boleh nak tahan..
die buat aku tacing,patutnye aku la yg tacing.
tapi nape die pulak yg nk tacing..
aku geram la, tak kan la tiap mase aku nak ngalah.. 
mase tu aku otw nak pegi banda tuk g beli barang 
and nak pilih present tuk my friend 
sbb malm 2 nk celebrate bezday friend aq ni.. 
dalam kete tu aku mesej die minta die lepaskan aku..
 and die dengan senang2 je die lepaskan..
mase tu seriously, ati aku hancur sngt..
 ape yang aku harap kan tapi takde.. 
tak de pujuk trus je bagi..aku rase macam selama nie 
aku bertepuk sebelah tangan je.. 
'hati aku terpikir kalau die sayang aku,
 nape die tak halang aku tuk pegi dari hidup die..
 disebabkan mase tu ramai org, 
jadi muke aku memang bole senyum, 
tapi dalam hati ni cume tuhan je yg tahu betapa pedihnye aku rase mase tu.. 
malam  tu celebrate macam biase tapi aku jeles
 tengok kawan aku yg tngh heppy dengan pasangan die..
 aku tertanye2 kenapa die tak pernah layan aku 
macam kawan aku layan awek dorang..
 aku tahu bagi lelaki kawan lagi penting, 
tapi tak salah kan kau spend time ko tuk aku walau hnye 1 minit.. 
susah sangt ke? lame aku pikir.
 mungkin sebab sebelum ni die memang macam ni, 
tapi aku still rase tak logik sebab sebelom ni die ad je mase tuk aku... 
malam tu aku betul 2 rase kehilangan.. 
aku rase tak sempurna.. aku cube call die tapi die tak angkat, 
aku terpikir mungkin die memang betul2 tak perlukan aku da.. 
malam tu aku tidur bersama airmata,.
pagi aku g class..tapi aku rase lemah sangt..
 aku rase sngt kehilangan die.. 
tapi aku tak mampu nak buat ape..keputusan aku da buat..
petang tu aku betul2 da tak mampu nak tahan perasaan aku,
 aku betul2 rindu kan die.. aku call die..
 aku cakap aku sayang die..
 tapi aku nak die tau aku tetap akan tunggu die..
 aku sayang die.. dan aku yakin 
yang kami akan bersama-sama berjuang untuk kebahagian kami.. 
aku sentiase menantikan die dalam hidup aku..
panjang betul cerite aku ni.. 
tu baru cite pasal pengakhiran.. 
bagi permulaan pulak, 
aku sebenarnye sngt2 berharap aku akan
 memulakan hidup baru dengan die gak..
 aku tetap nak die dalam hidup aku..
sebab aku sendiri dapat rase yang hari2 aku takkan sempurna tanpa die.. sehari lau tak dengar suare die aku rase memang tak bole tido.. memang semangat aku hilang bersama cinta die.. aku tak sanggup nak berpisah dengan die.. aku harap satu mase nanti die akan berani tuk berterus terang tentang perasaan die kat aku... aku harap die mampu pegang tanggungjawab tuk bimbing aku ke jalan yg benar.. aku harap aku mampu jadi yang terbaik untuk die..asenye tu je kot tuk kli ni..da tak larat ni type pnjang2...sakit jari titew..daaa......