Wednesday 23 May 2012

rasenye baru lebih kurang 3minggu aku tak update blog, my love da bising tanye bile nk update..apelaa.. kelaka betol...sayang, i bukan xmau update, tapi i xde idea la nk update pasal pe.. haha... okey la.. kali nie aku nak cite pasal cuti study week yang akan datang bape hari je lagi.. oleh disebabkan aku ade masalah tak bole balik, aku dapat ase la aku mesti akan merindui jejaka yang ade kt hati aku nie.. maklumla, mase 2 kan cuti.. die mesti la balik, dan aku pun mesti sibuk nak ulangkaji pelajaran.. aku tak la keputusan aku tuk sem ni macam sem lepas.. so, aku kene la fokus study.. aku angap nie sebagai pengorbanan la... walaupun tak dapat jumpe yang tersayang, tapi aku still le call dan masej.. so, aku harap aku kuat la tahap perasaan rindu aku nie... 

kadang- akdang tu aku terfikir gak, kalau la cuti seminggu pon aku tak sanggup nak ahan rindu, macam mane la cuti sem yg 3 bulan nnt.. poning den dibuatnye..haha... yela, macam mane la nak tahan kalau da tiap2 minggu mesti nak jumpe..rase kalau tak jumpe tu memg hati tak tenang la...sekg nie kn da susah, sendiri crik penyakit kn.. sendiri kene tanggung la...nak bat cmne kn,, da nasib badan.. pape pon aku kalau bole memg tiap2 mase nak menatap muke die je.. asenye nie je kot yang bole aku tulis bat kali nie..tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab macam bese la.,nak jumpe pujaan hati...i miss u dear....hahaha

<3 HJZ <3

Tuesday 8 May 2012

bukak buku baru

lima bulan yang ku lalui bersama insan yang aku cintai banyak perkara yang berlaku, perkara yang akan aku jadikan pengajaran, pedoman, juga sempadan. memang hidup ini banyak likunya. hidup ini banyak dugaannye. aku tahu sukar untuk aku lalui perit getir hidup ini sekiranya aku bersendirian. jadi, hadirnya insan yang kini sentiasa di hati membuat aku jadi lebih berani, buat aku lebih kuat untuk lalui segala ujian hidup.. 

peristiwa yang pahit harus aku lupakan, kenangan manis sentiasa ada di dalam jiwa. mungkin sukar untuk aku lupakan, tapi aku juga telah berjanji aku akan berusaha untuk memperbetulkan diri, melupakan kisah silam, yang telah berlalu, biarkan ianya pergi bersama mase yang sentiasa meninggalkan kita.. 

aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah mempertemukan aku dengan seorang insan yang aku kira mungkin hanya die sahaja yang mampu tahan dengan sikap aku, insan yang sentiase sabar dengan kenakalan aku, insan yang sentiasa ade di sisi ku ketika aku memerlukan seseorg.. insan yang mudah untuk memahami aku..

hari ini, aku dan die telah membuat keputusan untuk buka buku baru dan teruskan hubungan ini berdasarkan syarat-syarat yang akan menjadi pegangan bagi kami untuk meneruskan kehidupan ni. aku akui mungkin sukar untuk aku mengikut kesemua syarat-syarat tersebut, tapi aku akan berusaha untuk sentiasa mengingatkan diri aku tentang perkara ini.. 

aku harap, syarat-syarat yang kami tetapkan ini akan menjadikan hubungan kami semakin kuat, dan sebagai permulaan untuk kami memulakan hidup baru ini, aku berharap cinta kami akan kekal hingga ke akhirnya.. aku berharap cinta yang kami ini akan mendapat restu dari keluarga, serta di redhai Allah.. 

terima kasih cinta kerana sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan kita ini.. cinta aku hanya untuk mu buat selamanya, hanya tuhan bisa memisahkan kita.. cinta kita cuma satu untuk selamanya....

hanya ini sahaja yang dapat aku coretkan di sini.. mungkin ini juga bertujuan membuatkan aku sentiasa ingat tentang perkara yang kite lalui hari ini...

cinta selamanya, 
<3 HJZ <3