Thursday 8 November 2012

kesedihan ini


Betullah orang kate lelaki ni memang lebihkan kawan, 
walaupun die cakap hati die milik kite,
 tapi kawan tetap yang paling penting… 
kawan mesti di utamakan…
saat ini, hati aku benar-benar sedih.. 
sedih bile ape yang aku inginkan dari die,
die tak bagi respon yang aku ingin kan.. 
aku rase diri aku ni seperti tak de erti kt die…
kenape? 
Nape die sanggup buat aku cmni? 
Ape mksud sayang yang selalu die ucapkan kat aku..
aku benar-benar terkilan dengan sikap die..
selame ni aku tak pernah minta macam-macam, 
salah ke aku??
 Aku ade hati dan perasaan.
kalau die betul2 sayang aku, 
die takkan sanggup buat aku macam ni.. 
sedih sangat2..da lame aku tak kluar dengan die..
da lame aku tak jumpe die,
 last aku jumpe die pn cume dalam beberapa minit je..
 selame ni aku cube faham diri die, 
tapi nape die tak pernah tau ape keinginan aku..
 kadang-kadang tu bile aku tengok pesangan lain tengah bahagia, 
aku terfikir, nape aku tak dapat nak rase kebahagiaan tu..
 aku tengok orang lain,
walaupon dorang study jauh2 dorang still ade mase tuk orang yang dorang sayang, 
tapi aku, jarak tak sampai pon 50 km,
tapi die tterlalu banyak alasan tuk bersama aku…
 memang selama ni aku ngalah dengan die, 
sebab bile aku tanye bile bole jumpe pon da bole jadi gaduh, 
dan aku mesti akan dipersalahkan.. 
sampai satu mase tu aku juz cakap yang aku rindu pun da kene dengan die… 
aku rase sume pasangan akan ade keinginan tuk abiskan mase bersama pasangannye.. 
tapi kenape die tak macam tu??? 
Dulu die tak macam ni pun.. 
bile aku cakap die da berubah, 
die akan cakap aku tak terime diri die seadanye… 
tapi memang jelas die da berubah..
 betul orang cakap manusia ni hanya nampak ape yang kat depan dorang,
 dorang tak Nampak pe yang dorg ade.
dan dorang baru akan sedar pentingnye orang yg die ade bile orang tu da pergi tinggalkan die…
 dulu mase kitorang baru bersama,
 die terlalu banyak mase untuk aku,
 tapi sekarang die da terlalu susah tuk bagi mase die tuk aku.. 
tak pe la, mungkin die akan sedar perkara ni bile aku da pergi tinggalkan dunia ni tuk selamanye.. 
mase tu nanti aku harap die akan carik penganti aku dan akan selalu ade di sisi pasangan die tuk buat pasangan die bahagia…

Saturday 13 October 2012

ANDAI LELAKI TAHU:
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

kejujuran harus bertempat

hari ni aku belajar sesuatu yang baru, iaitu kejujuran.. 
selama ni aku juz anggap kejujuran tu penting dalam setiap perhibungan, 
then hari ni, baru aku tau, walaupon kejujuran tu penting 
but still perlukan mase ngan tempat yang sesuai..
pengajaran yang sangat bermakna bagi aku,
and i will remember it until end of my life.. 
bende ni jadi memang salah aku, 
aku akui sendiri tapi aku buat pon atas sebab2 tertentu..
okey, kisahnye bermula  baru je beberapa jam yang lalu
mule2 aku text my friends tuk tye beberape soklan,
then tetibe terlintas nk amek tau pasal my love,
then kwn aku yg jujur ni pun cite la..
after that, aku pn terfikir tuk plan nk jumpe ngn
 my love ni tnpe die tau pape..
aku pon aturla strategi n mase tu memang berniat xnk sampai die tau..
pstu die text aku tye aku,aku sje je la tye u kt ne ni? 
bole lak die cakap die ad kt kampus die, 
hurmm,aku bt xtau je la, sbb terpikir mybe die nk bt surprise kt aku kn..
yla, mase tu die xtau pn yg ni sume plan aku..
aku pn mase tu mmg xterfikir pn nk bg die tau psl plan aq tu..
okey, da jumpe xsampai seminit tetibe kami terpisah di tengah jalan..kwn aku yg sorg ni jenis xpaham g tarik aku..pstu call je my love die ckp da nk balik...
seriously mase tu memang ase sedih yang teramat sngt..
aku mule rase bersalah dengan die sebab tak bagi tau prkara yg sebenar,
then,xpasal2 aku kene marah..
sudah, tu la nk jujur sangat kn, ambek ko..
naseb ko la kn...
kirenye malam ni je da 3 kali aku buat die marah kat aku,,
and 2 kali sebab aku ni terlalu jujur..
tu la org cakap, jujur salah,xjujur pon salah..
tapi still ase happy walaupn da kene mara, 
aku still dapat nampak die senyum..
sangat2 rindukan senyuman die...
 lepas ni aku akan berhati2 dalam buat sesuatu perkara tu..
tak sangup la aku kene marah...
sebab tu la bnde yg paling aku tak suke..
aku harap aku still dapat jumpe die dalam mase yg terdekat ni 
sebab rindu aku kat die da sampai tahap maxima da ni...
aku harap tuhan panjangkan jodoh kami berdua..
and lastly, terima kasih mohd hamka 
sebab sudi maafkan budak comel macam saye ni..

Sunday 7 October 2012

pengakhiran dan permulaan

firstly nk cite pasal pengakhiran yg aku maksudkn 
ialah pengakhiran hubungan aku dengan insan yang aku sayang.
 perkara ni jadi tanpa aku jangka walaupun aku sendiri yang buat keputusan tu.. tapi bile aku pikir balik mase aku buat keputusan tu fikiran aku tengah bercelaru. mase tu aku tak bole tahan dengan sikap die.
 memang la aku rase geram sebab perkare kecik je die bole besarkn..
aku tau die takde niat nk buat cam tu..
tapi aku tak boleh nak tahan..
die buat aku tacing,patutnye aku la yg tacing.
tapi nape die pulak yg nk tacing..
aku geram la, tak kan la tiap mase aku nak ngalah.. 
mase tu aku otw nak pegi banda tuk g beli barang 
and nak pilih present tuk my friend 
sbb malm 2 nk celebrate bezday friend aq ni.. 
dalam kete tu aku mesej die minta die lepaskan aku..
 and die dengan senang2 je die lepaskan..
mase tu seriously, ati aku hancur sngt..
 ape yang aku harap kan tapi takde.. 
tak de pujuk trus je bagi..aku rase macam selama nie 
aku bertepuk sebelah tangan je.. 
'hati aku terpikir kalau die sayang aku,
 nape die tak halang aku tuk pegi dari hidup die..
 disebabkan mase tu ramai org, 
jadi muke aku memang bole senyum, 
tapi dalam hati ni cume tuhan je yg tahu betapa pedihnye aku rase mase tu.. 
malam  tu celebrate macam biase tapi aku jeles
 tengok kawan aku yg tngh heppy dengan pasangan die..
 aku tertanye2 kenapa die tak pernah layan aku 
macam kawan aku layan awek dorang..
 aku tahu bagi lelaki kawan lagi penting, 
tapi tak salah kan kau spend time ko tuk aku walau hnye 1 minit.. 
susah sangt ke? lame aku pikir.
 mungkin sebab sebelum ni die memang macam ni, 
tapi aku still rase tak logik sebab sebelom ni die ad je mase tuk aku... 
malam tu aku betul 2 rase kehilangan.. 
aku rase tak sempurna.. aku cube call die tapi die tak angkat, 
aku terpikir mungkin die memang betul2 tak perlukan aku da.. 
malam tu aku tidur bersama airmata,.
pagi aku g class..tapi aku rase lemah sangt..
 aku rase sngt kehilangan die.. 
tapi aku tak mampu nak buat ape..keputusan aku da buat..
petang tu aku betul2 da tak mampu nak tahan perasaan aku,
 aku betul2 rindu kan die.. aku call die..
 aku cakap aku sayang die..
 tapi aku nak die tau aku tetap akan tunggu die..
 aku sayang die.. dan aku yakin 
yang kami akan bersama-sama berjuang untuk kebahagian kami.. 
aku sentiase menantikan die dalam hidup aku..
panjang betul cerite aku ni.. 
tu baru cite pasal pengakhiran.. 
bagi permulaan pulak, 
aku sebenarnye sngt2 berharap aku akan
 memulakan hidup baru dengan die gak..
 aku tetap nak die dalam hidup aku..
sebab aku sendiri dapat rase yang hari2 aku takkan sempurna tanpa die.. sehari lau tak dengar suare die aku rase memang tak bole tido.. memang semangat aku hilang bersama cinta die.. aku tak sanggup nak berpisah dengan die.. aku harap satu mase nanti die akan berani tuk berterus terang tentang perasaan die kat aku... aku harap die mampu pegang tanggungjawab tuk bimbing aku ke jalan yg benar.. aku harap aku mampu jadi yang terbaik untuk die..asenye tu je kot tuk kli ni..da tak larat ni type pnjang2...sakit jari titew..daaa......

Sunday 9 September 2012

setelah sekian lame aku tunggu detik ni..mmg aku akui selame 3 bulan bercuti,fikiran aku xpernah sekali pon terlupe tentang seseorang..seseorang yg sentiase bersama aku dan terime sume kekurangan aku.. walau pun hari ini merupakan permulaan untuk sem ini, namun hati aku masih belum puas kerana belum bertemu dengan insan yg selama ni aku rindu..benar orang kata, cinta memerlukan kekuatan..tanpa kekuatan cinta akan musnah..same macam kite buat bangunan,mesti la kene berhati2 pilih bahan sebab bangunan 2 bukannye dibina untuk sehari dua,ttaapi kalau bole nak kukuh n tahan untuk jangka masa yg tertentu.. aku bersyukur sebab die masih selalu ade dengan aku walaupun terpisah dek jarak yg agak jauh..dan hari ini, jarak kami sudah hampir,namun masih belum bersua muka.. aku akui aku kecewa sebab org pertama yg aku harapkan akn aku jumpe lepas aku jejakkn kaki kt u ni xde..dan aku tahu pekara 2 xkan terjadi.. aku terima dengan hati terbuka.. aku harap penantianku yg selama 3 bulan ni akan kutemui penghujungnye..sampai sini jela dlu yg bole aku coretkan..

Wednesday 27 June 2012

Butterfly



Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Sunday 24 June 2012

kesunyian


da lebih kurang 4 minggu aku cuti, 
dan lebih kurang 4 minggu gak la aku tak jumpe kekasih hati.. 
hidup aku ase macam kosong je.. 
ari2 yang aku lalui,
tak pernah sesaat pon aku lupekan die.. 
die sentiase ade dalam ingatan aku..
 di sebabkan die pon sibuk, tiap2 ari kerja, 
pegi paagi, balik malam..n aku tau die penat.. 
aku cube buat diri aku paham dengan keadaan die.. 
aku cube untuk tahan diri aku dri ganggu die.. 
aku akui, memang susah untuk aku buat, 
tapi aku cube gak sebab usaha 2 kn tangge kejayaan..
dalam aku cube fahami die..
 aku jugak tetap mengharap akn terime mesej or call 
dari die walaupon sekali dalam 1 hari 2, 
n walaupon cume cakap hai..
ianya sangat bermakna bagi aku..
 hati perempuan mane yg tak susah hati 
lau tak terime pape berite dari org yg paling disayangi.. 
i2 la yg aku lalui... sangat sukar bagi aku tuk lalui detik2 ni.. 
tapi aku tau aku tetap kene kuatkan diri tahan dan tempuhi dugaan nie.. 
sebab kekuatan aku aade pade die, 
n die 2 la sumber kekuatan aku.. 
aku sngt2 sayang kat die.. 
die da banyak makan hati ngan sikap aku.. 
die lebih pentingkan diri aku dari hati die sendiri...
 n mulai dari saat nie aku akan berusaha 
untuk jage hati die dengan baik 
walaupun aku yang terluke,
 aku tak kesah asalkan orang yang aku sayang bahagia.. 
asenye nieje yg bole aku tulis buat mase nie.. 
n sebenarnye aku da kehabisan ayat.. 
n aku da kekeringan idea..
aku harap hubungan aku dengan orang yang aku sayang
 akan berkekalan sampai ke akhirnye...

mohd hamka bin mohd jaapar 
<3 
nurul jannah binti zakaria 
for ever

Wednesday 23 May 2012

rasenye baru lebih kurang 3minggu aku tak update blog, my love da bising tanye bile nk update..apelaa.. kelaka betol...sayang, i bukan xmau update, tapi i xde idea la nk update pasal pe.. haha... okey la.. kali nie aku nak cite pasal cuti study week yang akan datang bape hari je lagi.. oleh disebabkan aku ade masalah tak bole balik, aku dapat ase la aku mesti akan merindui jejaka yang ade kt hati aku nie.. maklumla, mase 2 kan cuti.. die mesti la balik, dan aku pun mesti sibuk nak ulangkaji pelajaran.. aku tak la keputusan aku tuk sem ni macam sem lepas.. so, aku kene la fokus study.. aku angap nie sebagai pengorbanan la... walaupun tak dapat jumpe yang tersayang, tapi aku still le call dan masej.. so, aku harap aku kuat la tahap perasaan rindu aku nie... 

kadang- akdang tu aku terfikir gak, kalau la cuti seminggu pon aku tak sanggup nak ahan rindu, macam mane la cuti sem yg 3 bulan nnt.. poning den dibuatnye..haha... yela, macam mane la nak tahan kalau da tiap2 minggu mesti nak jumpe..rase kalau tak jumpe tu memg hati tak tenang la...sekg nie kn da susah, sendiri crik penyakit kn.. sendiri kene tanggung la...nak bat cmne kn,, da nasib badan.. pape pon aku kalau bole memg tiap2 mase nak menatap muke die je.. asenye nie je kot yang bole aku tulis bat kali nie..tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab macam bese la.,nak jumpe pujaan hati...i miss u dear....hahaha

<3 HJZ <3

Tuesday 8 May 2012

bukak buku baru

lima bulan yang ku lalui bersama insan yang aku cintai banyak perkara yang berlaku, perkara yang akan aku jadikan pengajaran, pedoman, juga sempadan. memang hidup ini banyak likunya. hidup ini banyak dugaannye. aku tahu sukar untuk aku lalui perit getir hidup ini sekiranya aku bersendirian. jadi, hadirnya insan yang kini sentiasa di hati membuat aku jadi lebih berani, buat aku lebih kuat untuk lalui segala ujian hidup.. 

peristiwa yang pahit harus aku lupakan, kenangan manis sentiasa ada di dalam jiwa. mungkin sukar untuk aku lupakan, tapi aku juga telah berjanji aku akan berusaha untuk memperbetulkan diri, melupakan kisah silam, yang telah berlalu, biarkan ianya pergi bersama mase yang sentiasa meninggalkan kita.. 

aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah mempertemukan aku dengan seorang insan yang aku kira mungkin hanya die sahaja yang mampu tahan dengan sikap aku, insan yang sentiase sabar dengan kenakalan aku, insan yang sentiasa ade di sisi ku ketika aku memerlukan seseorg.. insan yang mudah untuk memahami aku..

hari ini, aku dan die telah membuat keputusan untuk buka buku baru dan teruskan hubungan ini berdasarkan syarat-syarat yang akan menjadi pegangan bagi kami untuk meneruskan kehidupan ni. aku akui mungkin sukar untuk aku mengikut kesemua syarat-syarat tersebut, tapi aku akan berusaha untuk sentiasa mengingatkan diri aku tentang perkara ini.. 

aku harap, syarat-syarat yang kami tetapkan ini akan menjadikan hubungan kami semakin kuat, dan sebagai permulaan untuk kami memulakan hidup baru ini, aku berharap cinta kami akan kekal hingga ke akhirnya.. aku berharap cinta yang kami ini akan mendapat restu dari keluarga, serta di redhai Allah.. 

terima kasih cinta kerana sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan kita ini.. cinta aku hanya untuk mu buat selamanya, hanya tuhan bisa memisahkan kita.. cinta kita cuma satu untuk selamanya....

hanya ini sahaja yang dapat aku coretkan di sini.. mungkin ini juga bertujuan membuatkan aku sentiasa ingat tentang perkara yang kite lalui hari ini...

cinta selamanya, 
<3 HJZ <3


Friday 27 April 2012

kecelaruan di fikiranku

saat ini, ati aku mula bercelaru, aku bingung, betul ke ape yang aku buat skg nie?? ape yang aku carik sebenarnye?? aku betul2 buntu,, setelah lama aku kesepian, kini aku memiliki cinta..tapi nape tibe2 cinta pertama yang dulu pergi tnggalkan aku macam sampah kini mula mencari jalan untuk kembali..aku tak faham,, ape sebenarnye yang sedang berlaku.. dalam aku cube untuk setia dengan pasangan ku kini, kau hadir dengan harapan aku akan kembali.. aku tahu bukan senang untuk melupakan cinta pertama, tapi aku yakin aku dapat bahagia bersama insan yang kini dihati ku..

sayang, kite harap sayang percayekan kite walau ape pon yang terjadi, ingt la cinta kite cume untuk die, cinta pertame kite da lama pergi bersama kenangan lalu.. kenangan itu mungkin kite tak dapat lupe, tapi cinta kite akan tetap ada kat hati kite..name sayang tetap terukir kat hati nie.. kite harap sayang akan bersama kite dalam susah senang kehidupan nie.. kite takut, satu hari nanti kite akan buntu untuk memilih cinta, kite takut die hadir untuk buat kite buntu.. buntu untuk memilih cinta yang sebenar,, kite takut die buat kite lupe pada impian kite dengan sayang, kite takut kehadiran die buat kebahagiaan yang selama nie hilang..

ingat la sayang cinta itu buta, dan boleh membutakan mata hati orang yang salah menilai cinta.. mereka sangup buat pepon asalkan mereka dapat cinta yang mereka impikan walaupun bukan dengan cara yang betul.. cinta buat manusia saling membenci, cinta buat manusia saling bermusuhan, cinta buat manusia hilang pedoman, cinta juga buat manusia hilang ape yang mereka ada.. jadi aku benar2 berharap cinta ku kini tidak di salah erti.. cinta ku kini tidak seperti menunggu musim luruh.. aku harap cintaku kini ialah cinta abadi.. cinta yang hadir dari ilahi.. cinta yang kekal sampai mati...cinta yang sentiase kuat untuk hadapi semua rintangan hidup yang penuh dengan liku2 kehidupan..

<3 HJZ <3

Sunday 22 April 2012

kejutan buat yang tercinta

alhamdulilah,walaupon bukan sume yang aku rancang menjadi, sekurang-kurangnye ape yang aku harapkan menjadi kenyataan...arinie merupakan hari kelahiran die yang ke 19 th.. seminggu aku memikirkan nk bg hadiah ape tuk die.. bile aku tanye die nk adiah ape, die juz jawap die cume nak aku.. aku da memeng ade tuk die, tapi aku nak bg sesuatu yang istimewa untuk die.. aku nak die rase kasih sayang aku yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata2 nie..

jadi aku buat keputusan untuk buat satu sambutan hari jadi untuk die.. aku minta bantuan kawan die..aku cakap kat die aku tak dapat nak bersama ngan die sepanjang ujung minggu nie sebab aku ade hal kat umah mak cik aku,, memang tak tenang la aku, bukan senang nak tipu die.. tapi bile die tau yang aku tipu, die cakap xpe, tipu sunat..hehehe....

malam 2 aku gerak dari dengan harapan die xkan mara sebab aku tipu die dan aku harap aku dapat buat die gembire..sambil beli barang pon aku still pikir pasal die..sampai aku bole lupe nak beli pe yang roomate aku pesan.. lepas je siap beli barang2 dan makan, aku terus je g kt kolej die... macam2 aku pikir time 2.. aku takut sangat die kalau die tak bole nak maafkan aku..

akhirnye mase yang aku tunggu2 pon sampai...aku tau die tak pasan kehadiran aku, sebab die tengah bengang ngan kawan2 die yang bg die hadiah yang memang aku pon tak bole nak terime  "wangi sangt." hehe... aku tak tau la bile die mule perasan kehadiran aku..tapi aku nampak die gembire, dan aku juge gembire tengok die gembira...lepas potong kek die minta diri nak bersihkan badan..

sambil aku tunggu die siap, aku still tak sedap ati selagi tak minta maaf kat die.. mase aku minta maaf 2 aku takut plak die tak maafkan aku, tapi die cakap die maafkan, alhamdulilah, terime kasih sayang,..
sebenarnye aku malu, tapi wat muke tak malu je suap kek kat die.. hehe...

lepas sume siap kemas aku ngan die kluar, skali la ngan kawan2 aku yang bwak aku nie..aku habiskan sepanjang malam 2 bersama die.. kalau bole memang aku tak nak die balik.. aku nak die sentiase di sisi aku, tapi aku tau kami masih ade tanggungjawab untuk ditunaikan, tanggungjawab untuk belajar.. 

aku rase terharu sangt bile die cakap yang die nekat untuk bersame ngan aku walau susah mahupon senang, die cakap die tak pernah ase nyesal pilih aku, hanye tuhan yang bisa memisahkan aku dan die.. aku terkedu, tak tau nak cakap pe, aku betol2 ase terharu sampai aku mengalirkan air mate kegembiraan... terime kasih sayang, kite sayang die sangat2 dan untuk selamanye..

ape pon aku rase bahagie sangt sebab die ade di samping aku dan juge aku bahagie bile lihat die bahagie, walaupon penat, aku tak kesah, aku rase sangat2 berbaloi sebab dapat buat insan yang aku sayang gembira....

love u 4 ever, 
<3 HJZ <3

Friday 6 April 2012

hidupku tnpamu

sepi, sunyi, resah, dan sebagainye bile selame 2 hari tak dengar berite die..
 sape yg tak risau, da la call tak dijawab, mesej lak tak di balas.. tak tenang hati aku.. 
hari yang aku lalui terase sangt lambat berlalu, penantian ku seperti tiada penghujungnye, 
sehari seperti setahun lamanye.. sungguh tersiksa aku rasakn..dan alhamdulilah penantian kini telah berakhir,, die telah menghubungiku.. betapa risaunya aku rasakan ketika menanti berita darinye..
mungkin ini dugaan yang harus aku terima sebelom aku hadapi dugaan yang lebih besar.. 
aku harus terima dugaan nie dengan hati yang ikhlas, 
aku juga harus sentiase bersedia sebelom aku hadapi pelbagai dugaan hidup yang aku datang.. 
apepon yang berlaku hidup perlu di teruskan.. 
aku berharap hubungan aku dengan die akan berkekalan sehaingga ke akhir hayat aku, 
setiap manusia tak pernah lari dari wat kesilapan, 
sebab dalam dunia nie tak de org yang sempurna. aku juga tidak sempurna..
 selama dua hari ini juga aku memikirkan setiap kesalahan diri,
 aku tau aku da banyak wat salah.. aku juga mungkin terlalau pentingkan diri..
 jadi, mulai dari saat ini aku cuba untuk kawal perasaan aku, 
memang aku mengaku aku sering mengabaikan perasaan die,
 aku tau aku sering berkelakuan seperti kanak-kanak.. 
aku tau aku tak patut berkelakuan seperti itu..
 aku harus ubah diri aku untuk mnjadi lebih dewasa,, 
aku harus berfikiran terbuka.. 
aku harus perbaiki kesilapan diri.. memang aku tidak sempurna, 
dan sangat sukar untuk jadi seorang yang sempurna, 
tapi sudah cukup bagi aku untuk kelihatan sempurna di mata orang yang aku sayang.. 
aku sangat-sangt berharap die ialah insan yang terakhir hadir dalam hidup aku hingga akhir hayatku..
 aku harap dia adalah jodoh yang telah tuhan tetapkan.. 
hawa ialah rusuk kiri adam.. aku harap aku merupakan rusuk kiri die..  
dirimu umpama lilin yang menyinari hidupku,
aku berharap lilin ini tidak akan padam untuk aku meneruskan hidupku
 kerna kau lah penyuluh jalan ku...

hatimu menyalakan kenyakinan,
hartamu membuktikan pengorbanan,
aku tersisih kau memilihku,
aku terbuang kau menyayangiku,
kerna cinta abadi kau sanggup berjuang...

di dirimu aku menemukan,
yang mencintai ku, 
yang menyanyangiku,
di dirimu aku ketakutan,
kau biarkan ku, 
kau tinggalkanku..

bila kamu tak lagi denganku,
ku tak tahu apa tuk jalani hidupku,
bila memang kau pergi dariku,
ku tak ada lagi di dunia ini..

mengertikah kau siang malamku,
dan tangis tawaku,
kau suma hidupku,
pandang aku pandanglah hatiku,
aku tak mampu melangkah tanpamu..

bukanku tak punya harga diri,
tapi dirimu begitu berarti,
kaulah nafasku kau harga diriku,
mengerti aku....

luv u always..
<3 HJZ <3

Monday 2 April 2012

kerinduanku



minggu nie cuti.. sume org da epy2 da
 duk umah tapi aku still duk kt u nie..
jeles sngt ble tngk dorg blk.. n die pon blk ke umah die.
tipu la lau xrindu kn.. sedangkn bru je jmpe pon da ckp rndu,
 nie kn plak da nk dkt 2 mggu xle jmpe.. 
mmg rndu sngt2.. aku tau rndu nie ujian tuhan, 
ujian yg berat bg aku,, kalau bole aku nk die sentiase ade kt sisi aku,..
tapi aku tau i2 mmg xleh..
 die selalu ingtkn aku, wlaupon jauh di mata tapi die sentiase kt ati aku,,
 mmg la betol,, die mmg sentiase ade kt dalam ati aku,
 tapi aku tetap rindukn die,,  
macam seni kata lagu nie 

Oh cinta
Kini dirimu ada dimana
Ku sangat merindukanmu
Ku sangat membutuhkan dirimu

Hooo uuoo.. cinta
Ku harap engkau cepat kembali
Jangan engkau pergi lagi
Jangan kau meninggalkan diriku

Sering ku rasa rindu ini menyiksa
Sungguh terasa hidupku kini hampa
Bila kau tak ada disini

Sayangku ingin engkau tahu
Sayangku ingin kau mengerti
Saat ini aku merindukan engkau
Yang jauh yang jauh

Ingin rasanya ku berlari
tuk membawa engkau kembali
Dipeluk hanya dipelukkanku



cinta itu tak selalunye indah,
tak semuanya yang indah itu akan kekal jd indah, 
dan xsemuanya yg pahit tu akn kekal pahit...

cinta itu mcm kain putih, 
sangat suci,
hadir tanpa diduga,
kadang2 dipersalahkan kehadirannye,
tapi sering di agungkan, 
sbb cinta 2 anugerah,
anugerah yang harus dipelihara..

cinta itu suci, 
lalu harus di jaga berhati-hati,

cita itu tak boleh dibeli,
sama ada guna wang ringgit mahupun harga diri,

jadi bersyukurlah kerna kita antara org yg bertuah dapat anugerah ini,, 
dsebabkn cinta itu anugerah, 
rindu harus bertaut untuk memastikan pemilik cinta itu memiliki cinta abadi...
indah sungguh cinta itu,
 aku harap cinta aku seindah cinta adam dan hawa..

< 3HJZ <3

Sunday 25 March 2012

luahan hatiku

Hujung minggu yg bermakne bg aku, 2 hari berturut2 aku dpt jmpe die.. bahagia, n gembira kini aku rsa, aku syg die, aku dapat rsekn kasih syg antare kmi smkin bertmbah.. wahh!!!!!! Bahagianye saye…..
Sbtu, g program tp skip2 sbb nk jmpe die.. n ahad, dri pg smpi mlm dpt tngk die…mmg sonok, terase dunia nie aku yg punye..huhhuhu..
Mase hari sbtu,aku ckp ngn die aku nk jmpe die ag.. n die ckp yg die nk dtg jmpe aku ari ahd, n mmg die dtg.. thanks syg..
Jujur aku cakp, aku xpnh amek serius setiap kte2 die lau bab nk jmpe nie.. ssb aku xsuke berharap.. aku xnk harapan aku musnah..n ssb 2 jugak la aku akn bt xamek kesah ble die ckp yg die nk jmpe aku, sbb aku xnk ble tibe mse yg spttnye die nk jmpe aku tp mse 2 la die xde mse tuk aku.,. aku xkesah asalkn die bahagie.. aku juge akn rse bhgia bile die bhgie..
ok la, macam yg die nk, die ckp lau gmbire 2 update la blog sbb die suke bce blog aku.. mmg lau aku ngarut  pon die akn bace.. haha.. pape pon aku mmg suke ngarut, sbb sume yg aku tulis nie aku akn tulis pe yg terlintas kt fikiran aku.. die pesan kt aku, die soh aku tulis pnjg2 sbb lmbt la die abis bce..
disebbkn aku sngt2 syg kt die, aku pon tunaikan la permintaan die wlaupon saat nie kple aku sngt2 skit.. aku xkesah asalkn aku dapat tunaikan pe yg die nak.. kebahagiaan aku ialah melihat org yg aku sngt2 syg bhgia..
arini aku bt mcm2 perkara dgn die, aku terase sngt bhgia, aku tau die mgkn pnt lyn n tahan ngn perangai aku,, bese la kcik2 dlu xde yg nk lyn aku, sume sibuk.. skg nie ble da ade die, aku ase sngt2 dhargai, aku ase die sngt2 prihatin ngn aku.. aku terharu ngn pe yg die bt kt aku.. ssb 2 la aku xnk kehilangan die..
aku sayang die, aku rindu die, aku nak sentiase bersama die, aku xnak n xkn tnglkn die.. aku sngt2 berharap hubungn aku ngn die akan kekal smpi ke akhirnye..
sejak aku kenal die, aku tau die nie seorang yang baik, seorng yg sentiase cube untuk memahami aku, seorang yg manje, seorang yg ceria.. walaupn die garang tapi die sweet.. aku suke.. aku tau aku selalu bt die terluke, tp percayalah, xpernah sekali pon terlintas kat ati aku nk lukakn die.. die sngt bermakna bg aku.. aku xmungkin dapat jumpe yang lain selain die lepas nie.. cume die satu2nye dalam hidup aku bt mse nie n bt selamanye.. die untuk aku, n aku hanye untuk die..cume nie je yg mampu aku tulis.. aku harapaku dpt puaskn ati die ble die bce nie..

<3 HJZ <3 

Tuesday 20 March 2012

terasa lapang fikiran nie bile kite bole kongsikn masalah kite pada org yang sentiase sedie dgr mslh kite.. nangis?? 
aku ngis dpn die,, lantak la,, ape aku kesah.. asalkn aku dpt kurangkn tekanan aku.
die nampak muke aku tengah ngis??
biar la, aku xkesah, tapi mcm mane la rupenyekn,, msti buruk..
xpe la, lps nie nk try la ngis dpn cermin,, nk tngok mmuke aku,, haha,xdapat aku bayangkn betape hodohnye aku ngis.. do i care??
aku langsung xkesah..
die pujuk kwn die dpn aku??
yes, first time dpn2 aku die pujuk kwn die, pompuan lak 2, n first time 2 jgk la aku dapat faham betapa pentingnye kwan bg lelaki,, aku pon dgn senang hati biarkn je,, 
jeles??
memang la jeles, tapi jeles yg bese je,, still le tahan, n aku terime die bt cm 2 dpn aku dripd blkg aku,, cm bese la,, aku xkesah.. jeles nie pekare biase, normal la, but kne pandai kawal, lau salah kawal le jd len plak,,
mase 2 aku sedar betapa pentingnye kawan pd die.. aku xkan halang die dengn kawan die, aku memang xkesah asalkan die bahagia,,  
kebahagiaan aku ialah bile tngok org yg aku sayang bahagia..

<3 HJZ <3

Friday 16 March 2012

Memang betul, kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan.
15/3/2012
Aku hadapi masalah dari aku bangun tido lagi.. tak tau la ape yang aku piker sampai class pagi 2 pon aku lupe.. da la bangun lambat, g class pon lambat, tetibe tengok dalam beg yg aku bawak 2, tak de buku nota, tak de pencil box, tak de kertas. So, ape yang aku bole gune tuk salin nota.. memang haru pagi aku..
Lepas habis class aku rancang nk kuar g banda sebab aku nak g pejabat pos n nk g bli charger lappy aku nie,, xtau la cmne le rosak..aku nie ganas sangat kot.. minta tolong kat org lain, org lain pulak yang tolong.. it’s ok,, btw seb bek ade gak org nk tolong..
Bile da bincang ok la, after class 2 trus jeg banda.. nk g cepat sebab nak balik cepat.. tapi malang tak berbau, memang mula2 ag aku da tak sedap ati nak g,, tapi apekan daya,, kawan akuyg da lame tak driver kete nie terlanggar org,, org 2 nek moto n die bawak org yg pregnant..
Fikiran aku mase 2 memang serabut, da la sume pompuan,, memang tak de sape yang bole dharap.. nasib bek ad sorg pakcik nie cadangkan ktorg pergi amek kawan2 lelaki yang bole backup ktorang.. sape tak takut, langgar pulak orang endon, memang ase tak pijak tanah je aku jalan,, macam tak percaya cume nie le jadi,,
Ktorang pon cadang nak g amek kwan2 yang terdekat.. so, g la kolej kekasih hati aku,. Nak minta tolong die, mase aku sampai je kat kolej die, aku memang tak harap bole jumpe die sebab die cakap kat aku yg die ade class.. aku pon tak nak la ganggu class die,,
Alangkah terkejutnye aku rase sebab aku bole jumpe die, mase 2 aku ngah serabut,. Perasaan aku bercampur baur antara gembira atau pon takut, gembira sebab dapat jumpe die, takut sebab pk bende yg da jadi..mmg mase 2 aku nak sngt die ad ngn aku, tapi aku sendiri tak tahu ape yg harus aku lakukan..
Aku tahu aku sngt2 rindukn die, aku sngt ingn bsama dgn die, tapi saat itu aku xmampu luahkan segalanye, aku terlalu pkkn masalah yg bakal aku hadapi, sampaikan aku bagaikan tidak mengenali siapa die, aku buat tidak tahu dengan kehadiran die, aku sendiri binggung dengan tindakan aku.. rohku seolah2 tiada dalam jasadku.. walaupon dalam jangkamasa yg singkat aku melihat die, tapi dengan hati yg tenang aku relakan die prgi..
Sayang,, maafkn aku kerna berkelakuan seperti itu,, samaada kau sedar atau tidak,, aku tetap ingn memohon maaf, mgkin aku telah melukakn hatimu,, tapi aku ingn kau tahu,, kau sentiasa di hati ku,., hanya ini yang mampu aku luahkan..

Juz for you,
<3 HJZ <3

Tuesday 6 March 2012


bila kau senyum, ku gembira,
bila kau sedih, ku menangis,
bagai taman rindukan kumbang,
ku rindu wajah mu ohh syg..

dimana saja kau berada,
ku kan tetap bersamamu,
walaupun jasadmu jauh,
namun hatimu dekat selalu..

setiap degupan jantung ku, aku akan ingat dia, cinta nie bukan pekara men2 yg asik2 nk tukar pasangan,, jgn sekali-kali jadi sorg yg salah mentafsir cinta.. cinta ini sebenarnya jodoh,,
tapi jodoh ad tiga jenis, yg pertama jodoh dari syaitan, iaitu pasangan yg berterusan melakukan maksiat,,
yg kedua jodoh dari jin, menggunakan sihir untuk mendapatkn pasangannya,
dan yg terakhir, jodoh dari Allah,
berpandangan mata yg terus menusuk ke dalam hati,
si lelaki meminang wanita tersebut,
 dan wanita tersebut menerimanya..
insyaallah pasangan ini akan berkekalan hingga akhir hayat.
alangkah indahnya cinta i2.. indah sungguh ciptaan tuhan..
aku inginkan cinta dari Allah, bukan dari syaitan mahupun jin..
 namun aku bukan insan yg sempurna,
aku juga seperti mereka yg leka dengan permainan dunia yg melekakan..
aku ingn perbetulkn kesilapan ini..
syg,,
 kite kne siap sedia untuk hadapi dugaan dan cabaran masa depan..
kerana kita tidak tahu apa yg bakal terjadi..
kita hanya mampu merancang.. tuhan yg berkuasa menentukan segalanya..
bersama-sama la kite perbetulkan kesilapan kita..
pesananku untukmu,
banyakkan berdoa,bertawakal,
jangan mudah terikut dengan godaan syaitan...
insyaallah, bila tiba masanya nnt, kita akn bersama untuk selamanya...

<3 HJZ <3


Saturday 3 March 2012

bila aku sorang2, aku suke dengr lagu nie. bagi aku, lagu nie best sngt sbb dlm senikata lagu nie ad doa..
aku selalu gne senikata 2 dlm doa aku,, Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkn hatinya dengan hati ku, jika dia bukan untukku, damaikan hati ku dengan ketentuanmu...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


lagu nie pulak aku suke sbb senikatanye yg melambangkn cinta aku kt die.... bagai bahtera, yg dilanda badai gelora cinta ku, menggoncang jiwaku, berombak menjadi daratan yg damai,, ohhh cintaku.....
 Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

nie je la yg bleh saya update...sbnrnye mmg xtau nk tlis pe...juz nk abiskn masa lapang...